Nauvoo Malaysia

Orang-orang Suci Zaman Akhir di Malaysia

Tentang Gereja

Feeding the Sheep

Gereja Yesus Kristus, Untuk Orang-Orang Suci Zaman Akhir adalah satu-satunya gereja didunia ini yang mempunyai kebenaran agama serta kuasa, hak dan kedaulatan Tuhan.

Sebagai penganut gereja yang mempercayai Tuhan, bapa kepada roh kita dan anak sulungnya yang telah mengambil keseksaan dosa kita ke atasnya, dan kepercayaan kepada Roh Kudus yang sentiasa memberi inspirasi kepada kita semua untuk kebenaran dan kealiman. Ketiga-tiga orang suci ini adalah asas cara penyembahan dan doa kami. Kami percaya kepada keadilan dan manusia diberi hukuman untuk dosa mereka sendiri dan bukan untuk dosa orang lain. Walaubagaimanapun, disebabkan Yesus Kristus telah mengambil keseksaan dosa kita keatasnya dan mengorbankan dirinya untuk membayar harga dosa kita, sesiapa sahaja yang bertaubat dan tidak berdosa lagi tidak akan merasa seksa dosa mereka. Kita percaya bahawa kepercayaan kepada Yesus Kristus dan pembaptisan adalan “dasar kebenaran utama hadis” dan perlu untuk kebahagiaan abadi. Kami menggunakan ordinan yang tujuanya adalah untuk menyelamatkan diri kita dan dan keluarga kita, termasuk berdoa dengan meletakan tangan diatas kepala untuk menerima roh kudus sebagai pengiring kita. Tetapi ordinan-ordinan ini dan fungsi-fungsi lain gereja hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah menerima kuasa daripada Tuhan, dan juga melalui cara berdoa dengan meletakkan tangan diatas kepala. Kesemua ini serta tindakan dan pejabat-pejabat didalam gereja adalah sama seperti yang di institusikan oleh Kristus sendiri semasa beliau berada didunia.

Sebagai penganut Kristian kami percaya bahawa Kitab Injil adalah perkataan Tuhan. Tetapi melalui cara pemprosesan yang tidak sempurna dan tidak sistematik penterjemahan Kitab Injil, banyak kebenaran yang “mudah difahami dan sangat berharga telah hilang” dari Kitab Injil dan beberapa bahagian yang salah, tidak lagi betul atau tepat. Kita tahu dan percaya bahawa Tuhan yang Maha Esa memimpin gereja kami dan diri kita, dan kita berjuang untuk mengikut perintahnya tidak mengira wahyu yang lama ataupun yang moden.

Kitab Mormon adalah kitab yang standing dengan Kitab Injil yang telah diterjemahkan melalui wahyu pada zaman moden ini dan mengandungi perkataan Tuhan. Kitab Mormon adalah saksi yang lain tentang kebenaran Yesus Kristus selain Kitab Injil.

Selaku penganut gereja “Yesus Kristus untuk Orang-Orang Suci Zaman Akhir” kami percaya untuk menjadi manusia yang bermoral, bertakwa dan menjadi sebaik mungkin seperti Tuhan yang Maha Esa. Kami mencari kebaikan dan berusaha untuk membuat kebaikan kepada semua umat manusia. Kebanyakan hidup kita telah dimotivasikan dengan cara kebenaran unik yang telah didedahkan oleh Tuhan melalui wahyu yang diberi kepada nabi dan kemudianya disampaikan kepada kami.